Ahad, 31 Januari 2016

Umrah Pertamaku 2015 (Part 1)

Assalamualaikum....
Dah lama rasanya tidak menjenguk di ruangan ini. Sebulan dah kita melepasi 2016. Esok dah masuk Februari. Ya Allah, cepatnya masa berlalu. Sesungguhnya terasa sgt rugi jika kita tidak dapat menggunakan masa yg diberikan dgn sepenuhnya.
Dikesempatan ini suka untuk saya bercerita pengalaman yg sangat berharga semasa saya mengerjakan umrah pada pertengahan Disember 2015 yang lalu. Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana diberikan kesempatan untuk menjadi tetamuNya dan menjejakkan kaki di Bumi yang penuh barakah lagi suci. Sesungguhnya pengalaman berada di Madinah Al-Munawwarah & Makkah Al-Mukarramah sangat tidak dapat digambarkan dgn kata-kata. Rombongan umrah kami dari Kelantan terdiri dari 23 org iaitu dari Kumpulan Pengusah Stesen Minyak Caltex di Kelantan dan ditambah dgn 12 org dari KL.
Kami telah memilih pakej yang ditawarkan oleh Faizin International Travel & Tours. Diketuai oleh seorang Mutawwif yang sgt terlatih dan mempunyai pengalaman menbawa jemaah umrah & haji selama bertahun. Ustaz Amirul Fahmi telah menyempurnakan tugasnya sebagai seorang Mutawwif dgn sempurna. Terima kasih ustaz. Jasa & tunjuk ajar ustaz tidak dapat kami balas.
17 Dis 2015 (Khamis):
Rombongan kami bertolak dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu menuju ke KLIA pada jam 6.40 pagi. Setibanya kami di KLIA, kami bersarapan pagi & seterusnya bersedia untuk taklimat dari pihak Faizin. Pada jam 11.00 pagi, mutawwif kami telah mengarahkan utk ke kaunter Saudi Arabia untuk urusan check in luggage. Selesai urusan check in, kami diarahkan berkumpul untuk sesi taklimat & pengagihan boarding pas & passport. Segala urusan berjalan dgn lancar. Seterusnya kami bergerak ke International Departure & selesai segala urusan imegresen. Alhamdulillah.
Sebelum kami boarding, kami menunaikan solat jamak zohor & asar di surau yg disediakan. Tepat jam 1.30 petang, gate C3 telah dibuka untuk boarding. Pesawat SV 831 SAUDIA telah bersedia untuk menerima kami. Dengan lafaz Bismillah, kami bersedia untuk masuk ke dalam pesawat. Ketika ini, perasaan memang tidak dapat di gambarkan samada gembira ataupun sedih. Gembira untuk menuju Rumah Allah & sedih untuk meninggalkan bumi Malaysia. Jam 3.00 ptg, pesawat membawai kami selamat berlepas menuju ke Jeddah dgn keadaan cuaca yang sgt baik.










 Perjalanan dari KLIA ke Jeddah mengambil masa lebih kurang 8 jam. Tepat jam 7.00 mlm waktu tempatan Jeddah, kami selamat tiba di Terminal Haji, King Abdul Aziz Airport Jeddah.
Bersambung...

Ahad, 19 April 2015

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamualaikum,
Alhamdulillah dgn izin dariNya terciptalah blog Mencari RedhaMu Tuhan pada malam ini. Bersempena dgn Rejab yg akan menjelang tiba esk, sama-samalah kita menambahkan amal ibadah kita kepada Allah swt.
Ahlan Wasahlan Ya Rejab.